Dipos oleh terasmelayu di April 14, 2008
Cadangan bahawa setiap warga yang mahu memelukkan Islam sepatutnya mengistiharkannya kepada umum pada dasarnya adalah baik dan perlu dipertimbangkan. Alasan bahawa dengan mengistiharkan diri masuk Islam akan mengelakkan pihak yang berkenaan dari kerumitan masa depan disamping menjaga hak pasangan yang tidakmemeluk Islam adalah manasabah.
Akan tetapi dengan wujudnya insiden-insiden adanya pihak yang memeluk Islam menghadapi masalah dengan keluarga dan masyarakat dari kaum sendiri telah menyebabkan hal ini tidak dapat dilakukan oleh mereka yang berkenaan. Malah dalam banyak insiden mereka tidak merasa cukup terlindung bila mengistiharkan diri telah memeluk Islam.
Oleh yang demikian TERAS berpendapat adalah lebih baik jika pihak berkuasa mencari suatu jalan bagaimana mengatasi segala masalah yang dihadapi oleh saudara baru yang selama ini tidak di tangani dengan baik.
Pihak pejabat agama perlu mempunyai bahagaian khusus yang dilengkapi dengan pegawai yang mencukupi untuk mengendalikan semua masalah saudara baru dari mula ia memeluk Islam sehingga urusan yang berkaitan dengan keluarganya dapat diselesaikan dengan sempurna.
TERAS khuatir dengan hanya meminta mereka mengistihar secara umum , masalah-masalah yang sering dihadapi oleh saudara baru akan terus menghambat hidup mereka.
Pihak berkuasa ugama serta institusi kehakiman syariah perlu melihat secara terperinci semua isu yang berkaitan dengan masalah saudara baru terutama yang berkait dengan hak keluarga dikalangan mereka agar tidak berulang lagi masalah tuntutan yang telah menjadi kontroversi beberapa tahun ini.
TERAS mengesa agar pihak berkuasa ugama segera mengadakan perbincangan khusus mengenai persoalan saudara baru yang sering menjadi masalah sehingga hari ini.
Aduan mengenai jabatan agama yang tidak bersungguh dalam membantu untuk merengankan kehidupan saudara baru perlulah denagan segera diatasi. Kami mengharapkan pihak berkuasa agama tidak menambahkan lagi kerumitan mana-mana warga yang memutuskan untuk memeluk agama Islam.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.
TERAS BANTAH KENYATAAN MCA SUPAYA ORANG ISLAM BOLEH KELUAR ISLAM TANPA SEKATAN
Dipos oleh terasmelayu di April 14, 2008
TERAS dengan ini membantah kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting yang menyatakan kerajaan perlu membenarkan warga Islam keluar dari Islam tanpa apa-apa sekatan.
Walaupun kerajaan memutuskan untuk mereka yang masuk Islam perlu mengistiharkannya secara umum , ini tidak bermakna pula orang Islam keluar dari Islam boleh dilakukan tanpa sekatan.
Dalam hal ini sudah tentu peruntukan dalam Perlembagaan yang berkaitan dengan enakmen kerajaan negeri mengenai murtad perlu digunapakai.
MCA dan pihak-pihak yang ghairah mahu murtad dibenarkan dalam negara ini tidak boleh mengenepikan peruntukan undang-undang negeri yang tidak boleh membenarkan orang Islam dengan sewewenangnya murtad.
Alasan bahawa orang Islam dibenarkan keluar Islam tanpa sekatan tidak boleh diguna kerana ugama Islam mempunyai perundangannya sendiri mengenai murtad.
Oleh yang demikian TERAS tidak dapat menerima secara simplistik dan mudah MCA dan pihak yang lain mahu saranan kerajaan itu dijadi alasan untuk kesempatan mereka menghidupkan semula tuntutan untuk negara ini membolehkan sesiapa sahaja bebas murtad murtad.
TERAS mengingatkan semua pihak supaya jangan gopoh mencari kesempatan untuk menyentuh urusan agama Islam terutama soal murtad . Mereka yang tidak memahami perundangan Islam dalam hal murtad tidak boleh dengan sesuka hati mengguna alasan logik hanya kerana mahu alasan yang sama diguna untuk orang bukan Islam dan orang Islam bertukar agama tanpa ikatan kepada undang-undang syariah.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupyaan Melayu
Entri ini telah dipos pada April 14, 2008 pada 12:24 pm dan diletakkan dibahagian Minda Presiden. . Anda boleh mengikuti apa-apa respon kepada pos ini melalui RSS 2.0 feed. Anda boleh tinggalkan respons, atau trackback daripada laman web anda sendiri.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar