Nama tempat terpanjang di dunia ialah 'Taumatawhakatangih angakoauauotamat eaturipukakpikim aungahoronukupok aiiwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah
bukit di New Zealand.
Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London
terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.
Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari
atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20
tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud
tidak,
Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit
kita yang mati.
Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk
melancarkan proses penghadaman.
Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi
jalan raya sepanjang 96,000 Km
Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi
kawasan seluas 9.2 meter persegi.
Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih
daripada 5 juta tahun lagi.
Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan
setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih
cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal
pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan
ultraungu
Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk
dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan
anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar
dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada
mereka yang kidal.
Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon
sepanjang hayatnya.
Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia
merupakan senjata merbahaya.
Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu
Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar
sebanyak 300 milimeter.
Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;selebihnya untuk
aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur
setiap hari.
Andai kesemua bungkah air batu dianggarkan 23 juta kilometer padu - di
dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air
sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan
paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.
Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta
nyawa apabila banjir setiap tahun.
Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi
Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat
badannya dalam masa 36 jam.
Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan
melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di
sekolah.
Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.
Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura-
kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.
Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,anda boleh
menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.
Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais
menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.
Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu
melekat pada lelangit.
Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah
seberat 1.36 kg.
Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan
yang paling sensitif deria baunya.
Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.
Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `barcode' bagi
memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan
jam kecuali Venus yang melawan jam.
Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau
sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.
Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta
bagi setiap orang.
Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi
daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.
Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.
Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu
negara'.
Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati
lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling
besar dalam sistem solar.
Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan
mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200
Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.
Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan,letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam
sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih
jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.
Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.
Pertama - belajar daripada pengalaman
sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman.
Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka
ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati
kegembiraan
dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak
belajar daripada pengalaman sendiri
mahupun orang lain; mereka inilah yang
hanyut dengan
kebodohan sendiri.
Semasa pemerintahan Kublai Khan,
orang-orang Cina menggunakan singa untuk
berburu. Mereka melatih singa untuk
mengejar dan menangkap
haiwan liar termasuk seladang serta
beruang. Singa tersebut akan terus
berada di samping binatang yang
dibunuhnya itu sehingga
pemburu sampai.
Seni membuat peta telah wujud lebih awal
berbanding seni tulisan. Sebelum
mengenali huruf, kebanyakan masyarakat
termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall
melukis pelan kawasan yang sudah mereka
kenali. Peta tertua yang diketahui
sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard,
Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan
tanah liat yang dibuat oleh masyarakat
Babilonia bertarikh
2500 SM.
Untuk kepentingan manusia, haiwan
sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam
uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira
30 ribu ekor monyet
telah digunakan oleh pakar perubatan dan
saintis sepanjang tiga tahun mereka
menjalankan usaha mengenalpasti dan
menjelaskan
pelbagai jenis penyakit polio.
Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni
yang diadakan di Barcelona Acadeny of
Arts, para pelajar diberi diberi masa
sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja masing-masing.
Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15
tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam
masa sehari sahaja
dan dia memenangi tempat pertama,
menewaskan peserta-peserta yang lebih
dewasa daripadanya.
Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk
memberitahu Ratu Isabella mengenai
pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi
masyarakat Eropah
untuk mengenai tentang pembunuhan
Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja
diperlukan untuk manusia
menerima kata-kata pertama dari
angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia
boleh berjalan di atas permukaan bulan.
Orang yang pertama menjejakkan kaki di
benua Antartika adalah pelayar Amerika
bernama John Davis. Dia melakukannya
pada 7 Februari
1821. Namun demikian, dia tidak mendapat
sebarang pengiktarafan semasa hayatnya
kerana kejayaannya itu cuma diketahui
umum pada 1955
apabila buku log kepalnya dijumpai dan
diteliti.
Dr James Barry, wanita menyamar sebagai
lelaki menjadi jeneral dalam tentera
Ratu Victoria. Dr Barry menyertai
pasukan perubatan
tentera, berkhidmat selama 40 tahun
sebagai doktor bedah dan juga ketua
penyelia kepada beberapa buah hospital.
Dalam tempoh itu, dia
dikenali sebagai Dr James Barry, seorang
lelaki. Jantina sebenar beliau hanya
diketahui pada 1865 apabila dia
meninggal dunia.
Jerung adalah binatang berbahaya, malah
sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis
Stewart Springer telah digigit oleh satu
embrio jerung
pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu
jerung tersebut yang sedang hamil.
Seminit selepas anda membaca ayat ini,
100 orang kan meninggal dunia dan 240
bayi akan lahir. Mengapa? Kerana
pertambahan populasi
dunia dianggarkan sebanyak 140 orang
seminit.
Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang
memerintah dari 1605 hingga 1627
mempunyai 300 orang isteri, 5,000
gundik, serta 1,000 anak muda
untuk "menghiburkannya" . Di luar istana
Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor
gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor
unta, 3,000 ekor
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa
jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor
burung merpati.
Benua Antartika meliputi kawasan seluas
14 juta km persegi. Jika India dan Cina
dicantumkan, keluasan ityu masih gagal
menandingi
kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu
pula dilitupi ais dengan ketebalan
kira-kira 2 km. Manakala keluasan
litupan ais pula adalah
30 juta meter persegi. Jika semua ais di
Antartika cair, paras laut akan naik
mendadak di antara 50 - 60 meter yang
akan menenggelamkan
sebahagian besar muka bumi.
Jutawan Microsoft, Bill Gates serta
keluarganya berpindah ke kediaman baru
mereka berhampiran Seattle, Amerika.
Rumah yang
menelan kos US$50 juta itu dilengkapi
pelbagai peralatan elektronik canggih.
Antaranya penghuni boleh mengawal suhu
yang dikehendaki
dalam rumah dengan menggunakan sejenis
pin khas yang hanya dilekatkan di kocek
baju.
Senjata biologi menjadi kegemaran di
kalangan kuasa besar kerana kosnya yang
amat murah. Misalnya mereka hanya perlu
membelanjakan
US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas
satu kaki persegi berbanding US$600
menggunakan senjata kimia US$800 senjata
nuklear atau
US$2,000 dengan senjata konvensional.
Senjata biologi telah digunakan sejak
permulaan abad ini. Kali pertama
digunakan oleh bangsa Rom dengan
memasukkan haiwan mati
kedalam empangan untuk meracun sumber
air musuh.
Purata pisang mengandungi 90 kalori,
kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang
diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga
mempunyai
vitamin B dan C serta potasium (kalium)
yang dapat menghasilkan tenaga.
Paus beluga yang ditemui di Lautan
Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700
batu sehari. Haiwan ini hanya perlu
menyedut oksijen
setiap 20 minit.
Sungai Amazon di Amerika Selatan yang
merupakan sungai terbesar di dunia,
mengandungi dua pertiga daripada
kandungan air sungai seluruh
dunia.
Semut mempunyai otak yang paling besar
dalam alam haiwan, jika dibandingkan
dengan nisbah saiz badannya.
Cacing gergasi Australia- cacing
terpanjang di dunia boleh membesar
sehingga 2 meter panjang.
Wira Greek, Agamemnon yang merupakan
pahlawan terbilang empayar tersebut
menemui ajalnya bukan dimedan perang
tetapi di tangan
isterinya sendiri selepas dia kembali
dari perang Trojan.
Anugerah Oscar mendapat namanya pada
1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah
Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and
Science USA mendapati bahawa ukiran
patung manusia itu mempunyai rupa yang
seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.
Semut berkomunikasi dengan menggosokkan
sesungutnya.
Bilangan telefon di bandaraya Tokyo,
Jepun adalah lebih banyak daripada
bilangan telefon yang terdapat di
seluruh Afrika.
Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun
1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen
insurans.
Apabila panglima Sepanyol yang menawan
Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua
suku kaum Inca yang bernama Atahualpa
pada tahun
1532, beliau meminta bayaran tebusan
yang amat "menggerunkan" - sebuah dewan
yang dipenuhi emas dan perak bernilai
$170 juta!
Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera
barat pada 1856 oleh David D.Porter,
seorang anggota tentera laut US.
Sahara, padang pasir terbesar di dunia
mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer
(3.5 juta batu) persegi.
Gajah Afrika hamil selama 640 hari.
Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan
mempunyai isteri seramai 7,000 orang.
Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan
pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang
pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.
Mahasiswa Universiti Colorado menamakan
gril baru kafeteria di universiti
tersebut sebagai `Gril Alfred Parker'
sempena tindakan
Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma
dengan memakan daging salah seorang
kawannya.
Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada
abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia
ketika sedang ketawa melihat hasil
lukisannya.
Ketua Perpustakaan Vatican, Rom
(1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti
mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah
menterjemahkan
hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.
Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di
Lembah Congo, Afrika amat takut jika
suami mereka terpikat dengan
wanita-wanita lain. Bagi
mengelakkan suami digoda oleh wanita
lain, setiap isteri bertindak mengawal
suami mereka dengan mengukir nama mereka
di dahi suami masing-masing. Lantaran
itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi
miang untuk mendekati wanita lain kerana
nama isteri mereka sudah
terpahat di dahi.
Ais krim adalah makanan yang menjadi
kegemaran kanak-kanak. Namun begitu,
tidak ramai yang mengetahui siapakah
yang mula-mula menemui
cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya
orang yang mula-mula menemui cara
membuat ais krim ialah seorang lelaki
berbangsa Perancis
bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620.
Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah
pelbagai jenis perasa ais krim yang
cukup melazatkan
sehingga ke hari ini.
KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil
di kawasan bukit yang berpasir di
Himachal Pradesh, India. Ia menjadi
sebuah perkampungan
tertinggi di dunia. Walaupun Kibber
terletak di paras ketinggian 4,205
meter, namun ia menjadi sebuah
perkampungan selesa walaupun di
musim sejuk kerana kawasan tersebut
mempunyai kemudahan asas yang lengkap
bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber
sebuah perkampungan
yang tidak boleh dianggap mundur dan
daif sebaliknya akan menakjubkan dan
menggamit hati setiap pengunjungnya.
Walaupun ia
berada di puncak gunung di sana tetap
terdapat bekalan elektrik, jalan raya
untuk kenderaan bermotor, sekolah dan
pejabat pos serta
klinik.
Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta
dolar dibelanjakan setiap hari untuk
perbelanjaan membeli rokok di seluruh
dunia. Pada masa
sekarang industri rokok mencatatkan
jualan tahunan di antara 85 - 100
billion dolar. Jumlah tersebut adalah
menyamai satu per empat
peruntukan pembelian senjata dunia.
Taj Mahal merupakan salah satu binaan
yang terkenal di dunia yang dibina
semata-mata bagi mengabadikan sebuah
cinta yang suci seorang
suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang
terletak di Agra, Uttar Pradesh, India
adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan
Moghul. Bangunan cantik tersebut
diseliputi oleh batu marmar putih
berkilauan. Di dalam bangunan
tersebutlah bersemadinya permaisuri
Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah
Jehan amat menyintai isterinya lantas
memerintahkan agar Taj Mahal dibina
sebagai tanda
cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan
Taj Mahal yang mengambil masa sehingga
dua puluh tahun itu berjaya disiapkan
pada 1653.
Pembinaannya juga telah melibatkan
ribuan tenaga buruh.
Pemimpin negara China yang terkenal dan
diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng
Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia
tersendiri
bagaimana beliau berjaya mengekalkan
kesihatan sehingga umurnya menjangkau
lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan
rahsia tersebut
adalah amalannya mandi air sejuk dan
bermain terup.
Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita
telah berjaya mendaki hingga ke puncak
gunung tertinggi, Everest untuk kali
yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa
yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi
menawan
puncak Gunung Everest yang dilakukan
oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya
mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983
tidak pernah
menggunakan bekalan oksijen. Sementara
itu, David Breashears dari
Massachusetts, USA pula berjaya menjadi
pendaki pertama yang sampai
ke puncak Gunung Everest pada ketinggian
29,028 kaki dengan membawa peralatan
untuk penggambaran yang paling berat.
Terowong semulajadi yang terletak di
Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh,
India merupakan terowong yang paling
dalam di dunia.
Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan
lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar
semulajadi tersebut dianggap sebagai
fenomena geologi
yang luarbiasa.
Beberapa ahli sains di England yang
diketuai oleh seorang embriologis di
Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian
Wilmut telah
berjaya menghasilkan klon binatang
dewasa yang pertama. Binatang yang
berjaya diklon itu ialah seekor bebiri
yang dinamakan DOLLY.
Kambing tersebut adalah hasil cantuman
tetek ibunya. Ini menyebabkan
hasil kambing klon itu seiras dengan ibu
kambing tersebut.
Kea adalah sejenis burung yang hanya
boleh ditemui di New Zealand. Ia
mempunyai kegemaran yang cukup aneh
iaitu gemar memakan lapisan
getah yang terdapat pada sekeliling
tingkap kereta.
Tiga majalah mingguan terkemuka di
dunia- Times, Newsweek, Sports
Illustrated pernah menampilkan enam
pesonaliti yang sama pada muka
depannya secara serentak. Mereka ialah
Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou
Retton dan OJ Simpson, Anggota
Sekretariat Amerika dan
pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980
yang paling terkenal itu.
Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem
Ismael telah memiliki perpustakaan
bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya
yang berjumlah
117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400
ekor unta yang terpaksa bertatih
menyeberangi padang pasir ke mana sahaja
di pergi.
Darah akan memancut apabila kulit
seseorang luka, samada ditikam atau
ditembak. Keadaan ini berlaku kerana
jantung menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia
berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.
Kamera paling awal dicipta memerlukan
seseorang beraksi selama lapan jam di
depan kamera itu sebelum gambar dapat
dirakamkan.
Jika anda lemparkan sekeping syiling
sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan
mendapati gambar bahagian `kepala'
sebanyak 4,950
kali berbanding ekor. Keadaan ini
berlaku kerana setiap syiling lebih
berat di bahagian `kepala'.
Masyarakat Mesir purba akan mencukur
bulu kening mereka sebagai tanda
berkabung setiap kali kucing kesayangan
mereka ditemui mati.
Semua planet dalam sistem solar
dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom
kecuali Uranus, yang didasarkan daripada
salah satu watak
dalam drama Shakespeare.
Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau
Hawaii, ular laut yang jarang ditemui
dan ular buta yang hidup seperti cacing
tanah dalam
lubang di bumi.
Kita akan menjerit serta-merta apabila
terkena benda panas atau luka kerana
saraf yang membawa maklumat rasa sakit
kepada otak
bergerak pada kadar kelajuan 120 meter
sesaat.
Bendera Union Flag hanya dikenali di
Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah
menjadi Union Jack di kalangan negara
Komanwel selepas
ia dibawa keluar dari negara itu.
Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria
yang menyertai pertandingan akhir Piala
Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf
`ov'.
Usus manusia menghasilkan satu lapisan
lendir (mukus) pada setiap dua minggu.
Jika tiada lapisan baru terbentuk,
kerana penyakit atau
sebagainya, pelbagai asid yang
dihasilkan oleh perut akan melukakan
lapisan usus.
Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih
banyak rambut daripada manusia.
Sebenarnya binatang itu mempunyai
bilangan rambut yang sama
cuma lebih lebat.
Seorang dewasa yang kuat bekerja akan
berpeluh sehingga empat
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya
akan tersejat sebelum sempat
mereka menyedarinya. Bagaimanapun
kuantiti peluh yang terhasil bukan
hanya bergantung kepada suhu dan kerja
yang dibuat tetapi juga
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila
kelembapan tinggi seperti di
negara ini, peluh yang keluar lebih
banyak berbanding dengan kawasan
yang berkelembapan rendah. Pengeluaran
peluh amat penting bagi
menyejukkan badan. Tetapi anjing yang
tiada kelenjar peluh masih
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini
akan mencungap-cungap
(menjelirkan lidahnya) untuk
mengeluarkan haba.
Lelaki enam kali lebih mudah dipanah
petir daripada wanita.
Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia
ditanam secara tidak sengaja oleh tupai
yang menyembunyikan biji benih kacang dan
kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.
Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh
Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan
novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun
perkataan
dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.
Huruf yang paling kerap digunakan dalam
bahasa Inggeris adalah E manakala Q
adalah huruf yang kurang digunakan.
Pencungkil gigi adalah objek yang
biasanya menjadi punca rakyat Amerika
Syarikat mati tercekik.
Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api
di U S A.
Laut Merah di Asia Barat mendapat
namanya daripada warna alga merah di
permukaannya.
Stesen kuasa atom pertama di dunia telah
dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan
memulakan operasinya dalam tahun 1954.
Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara
iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik
Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan
Ethopia.
Matahari adalah 330,330 kali lebih besar
daripada bumi.
Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di
seluruh dunia setiap tahun.
Corak di hidung anjing digunakan sebagai
pengenalan seperti cap jari pada manusia.
Lembu adalah haiwan yang buta warna;
oleh itu ia akan mengejar apa saja yang
dikibarkan di depan matanya oleh matador
samada kain merah
atau kuning.
Epal lebih berkesan daripada kafein
untuk membuatkan seseorang itu mudah
bangun pagi.
Menghidu (bukan makan) pisang atau epal
hijau boleh membantu mengurangkan berat
badan.
Purata berat seketul bongkah ais
(iceberg) adalah 20,000 tan.
Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika
Selatan) yang tingginya 988.31 meter
adalah air terjun tertinggi di dunia dan
lapan belas
kali lebih tinggi daripada Air Terjun
Niagara.
Separuh daripada tulang dalam badan
manusia terdapat di pergelangan tangan,
buku lali, tangan dan kaki.
Litar motosikal di Piccola Madonie di
Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh
bagi pelumbanya.
Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel.
Setiapnya bersambung kepada sekurang-
kurangnya 10 sel berlainan untuk
berbagai-bagai fungsi.
Semasa tidur, satu perempat daripada
tenaga badan pergi ke otak kerana
keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu
dipelihara.
Berat otak manusia hanya dua peratus
daripada berat badan tetapi ia
menggunakan 25 peratus oksijen yang
disedut semasa berehar atau
tidur.
Setiap hari jantung manusia mengepam
darah seperti melakukan kerja mengangkat
satu tan barang ke tingkat lima.
Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan
oksijen dan menghasilkan 100 juta tan
makanan tumbuhan (baja) setahun.
Orang pertama menggunakan sapu tangan
adalah King Richard II dari England
(1367 - 1400). Beliau membawa sekeping
kain kecil yang
digunting untuk menyapu dan membersihkan
hidungnya.
Gurun Sahara di utara Afrika mendapat
namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud
liar atau terbiar.
Manusia akan hidup lima setengah minit
lebih lama bagi setiap batang rokok yang
tidak dihisap.
Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet
Union) menawarkan bonus sebulan gaji
bagi pekerja yang tidak merokok.
Pada 1905 seorang lelaki yang hanya
dikenali sebagai Forestier telah
memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel
di Perancis dalam masa
3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.
Semasa kempen Napoleon di Italy pada
1796-97, pakar perubatannya telah
menyediakan ambulans pertama bagi yang
sakit dan cedera.
Sebanyak 64 otot digunakan untuk
memasamkan muka tetapi hanya 18 otot
digunakan untuk senyum. Jangan
membazirkan tugas otot muka
anda. /font
Air liur manusia dikatakan sangat
mujarab untuk mengubati luka di kulit
atau terbakar.
Wanita pertama yang mendapat hak
mengundi adalah dari New Zealand.
Kulit yang menyaluti seluruh badan
manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter
persegi.
Ulat sutera boleh memintal benang sutera
sehingga 86,000 kali berat badannya
dalam masa 56 hari.
Badan akan kehilangan haba sehingga 23
kali lebih lama dalam air berbanding
udara dalam suhu yang sama.
Kucing tidak boleh merasa rasa manis.
Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam
sahaja.
Mustahil anda boleh membuka mata ketika
bersin.
Lalat bergerak ke belakang ketika
mula-mula terbang
Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km
setiap hari.
Nama paling panjang di dunia ialah
'Adolp Blaine Charles David Earl
Frederick Gerald Hubert Irvin John
Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul
Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas
Victor William Xerxes Yancy Zeus
Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior
Pemain bolakeranjang Micheal Jordan
menerima bayaran tahunan dari syarikat
kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan
gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.
Purata setiap wanita menggunakan 6 paun
gincu sepanjang hidupnya.
Bagi setiap seorang manusia, ada satu
juta semut
Mengikut buku Guiness Book of Records,
restoran yg menyediakan hidangan
terpantas di dunia ialah restoran Karne
Garibaldi di Guadalajara, Mexico.
Pesanan makanan anda akan sampai dalam
masa 13 saat. --kat malaysia boleh tidur
dulu lepas order, dan kekadang kita
orderdulu orang lain yg kemudian order
dapat dulu.
Angkasawan Neil Armstrong mula
menjejakkan kaki di bulan dengan kaki kiri
Menghantuk kepala anda ke dinding akan
membakar kalori sebanyak 150 sejam
Kira-kira 17% manusia adalah tangan
kidal. Sama seperti gorila dan chmpanzees.
Secara purata, seseorang manusia menelan
8 labah-labah sepanjang hidupnya.
Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali
setahun
Berat bumi ialah 6,588,000,000,
000,000,000, 000,000,000 tan
Apabila gelas pecah, kelajuan
serpihannya yang berterbangan ialah 427
km sejam.
Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan
161 km sejam.
Kepulauan Falkland mempunyai jumlah
penduduk seramai 2000 orang, tetapi
jumlah kambing biri-biri di negara itu
ialah 700,000 ekor. Nisbahnya 1 orang -
350 kambing.
Manusia bergayut di talipon purata 2
tahun dari sepanjang hidupnya
Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah
Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.